Wednesday, April 15, 2009

Finn suroh update (other people jugak)

Hai. apa khabar? ini adalah kali pertama saya berblog dalam bahasa ibunda saya. minta maaf jika terlalu skema untuk anda. hanya ingin menghiburkan hati sahaja. saya kini sudah boleh pinjam kereta ibubapa saya kemana-mana. jika mahu pelawa saya keluar, sila dail nombor saya ye. =) saya sering lapang pada hari bekerja. saya tidak bekerja. hehe. hari ini saya dengar lagu kate voegele-99 times. sebuah lagu berbahasa inggeris. ia sangat sedap didengar. seperti gula-gula dalam telinga. berikutlah gambarnya:-

hehe. lawa kan? saya tahu. =D kate voegele juga adalah seorang pelakon untuk drama america one tree hill. berminat untuk mengenali lebih tentang dia, kenali gua dahulu. hahahah.

sebelum, saya mulakan perenggan kedua ini, banyak minta maaf kerana saya tidak berpengetahuan sangat berblog. tunjuk ajar dialu-alukan ya. ok, saya pun sebenarnya tak tahu apa nak tulis................. AH. saya sekarang mengikuti siri televisyen di great britain iaitu SKINS. ia mengisahkan kehidupan remaja di UK yang penuh dengan drama. berikut adalah gambar-gambar pelakon daripada musim pertama hingga ke tiga (mengikut urutan)



Daripada banyak-banyak pelakon di atas, saya paling suka yang ini:-
hannah murray
Dengan yang ini:-
kaya scodelario
ok, setakat ini sahaja post saya pada hari ini. harap boleh blog lagi pada lain masa. jika ingin menonton skins di youtube, gunakan 'search engine' yang disediakan dengan menaip skins (musim)(abjad) (episod)(abjad). sebagai contoh, skins s1e5.
Selamat tinggal!!!!

No comments: